Monday, August 2, 2010

LINK : Resepi-resepi yang saya dh olah

resepi2 sendiri yg telah diolah mengikut pengalaman sendiri..dan di post ke Mesra.net:

sup tulang: http://resepi.mesra.net/Detailed/4090.shtml

Biskut Amor Aiskrim: http://resepi.mesra.net/Detailed/4083.shtml

ermm..dh xigt lain2 resepi yg telah di post ke sna..

Monday, March 15, 2010

egg tart with chocolate inside



tart telur

bahan kulit
500 gm tepung gamdum
1½ cawan majerin
1 sudu besar lemak sayur/crisco
2 sudu besar gula
1 biji telur

Kastad
1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air biasa
1 sudu besar tepung kastad
½ s/teh vanilla
sedkit pewarna kuning
coklat mkn dipotong kecil2

Cara membuat pastry.
1. Gaulkan semua bahan kecuali telur saperti serbuk roti.
2. Masukkan telur dan gaul rata.
3. Canaikan setebal 1/2 cm sebelum diterap bulat.
4. Lletakkan kulit tat di dalam dulang acuan bermangkuk kecil (petty tin) yang sudah digriskan.
5. Cucukan dgn garfu..[hilangkan gelembung angin]
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
7. Keluarkan, letak coklat dan tuangkan adunan kastad telur kedalam tat.
8. Bakar semula 5 minit.
9. Sejukkan dan hidangkan.

cara membuat kastard
1. Gaul semua semua bahan perlahan sehingga sebati.
2. Tuangkan keatas kulit tat yg telah dibakar separuh masak.

~~ SeLaMat MenCuba ~~~

kek batik


Resepi dia xtau dok mna..nnt2 jumpa..i edit lain k...gambar je sempat capture...hahha..sorii..pepn kek ni sedappp tau...

Saturday, February 27, 2010

Nk Tempah leh jer



hehe.asyik jait manik jer....nk tempah leh jerrr...kikikikih

1st time Fondant Cake : i bake n decorate it..


hehhehe..xcntik lgsung tp..i dh cuba..:-))

Tuesday, January 19, 2010

buttercream icing

Buttercream icing...

Sunday, January 17, 2010

How To Make Buttercream Icing


Ingredients

3 cups powdered (icing, or confectioner’s) sugar
1/3 cup butter, softened
1 1/2 teaspoons vanilla extract
1 to 2 tablespoons milk

Preparation

1. In a large bowl with high sides, mix the icing sugar and butter with a wooden spoon, or an electric mixer on low speed. Add the vanilla and 1 tablespoon of the milk.

2. Gradually beat in just enough of the remaining milk to make the frosting smooth and spreadable. If the frosting is too thick, beat in more milk, a drop at a time. If the frosting becomes to thin, add more powdered sugar and beat.

Tuesday, January 12, 2010

Kek Aiskrim



Yummy...cam sedap jer...nak nak nak..meh kita tgk cane nk bt....

Bahan-Bahan:

Bahan kulit:

80 gm hirisan badam
1 kotak kecil butter cookies
1 kotak kecil biskut oren
125 gm mentega
Strawberi secukupnya Bahan inti:

Aiskrim perisa strawberi
Aiskrim perisa coklat
500 gm krim putar

Cara:
Panaskan ketuhar pada suhu 170 darjah Celcius. Bakar badam sehingga ranggup.

Hancurkan butter cookies, biskut oren dan badam. Masukkan mentega.

Tekan adunan pada bahagian bawah tin bakar.

Bakar selama 12 minit atau sehingga keemasan. Biarkan sejuk.

Kemudian ratakan aiskrim perasa strawberi pada bahagian luar di dalam tin bakar agar bahagian bawah berbentuk seperti kawah. Bekukan selama sejam.

Setelah keras, ratakan aiskrim coklat di bahagian tengah kek. Bekukan lagi selama sejam.

Hiaskan atas kek dengan strawberi, krim putar dan starwberi.

Deep Dark Chocolate Cake


1 ¾ cwn tepung gandum
2 cwn gula Kaster
¾ cwn koko Van Houten
1 ½c camca teh Baking Powder
1 ½ c camca teh Baking Soda
1 c camca teh garam
2 biji telur
1 cwn susu tepung
½ cwn minyak sayuran
2c camca teh esen vanilla
1 cwn air mendidih

BAHAN MEMBUAT KRIM COKLAT

200gm cooking chocholate
½ cwn koko powder
½ tin susu pekat
½ cwn air
sedikit gula pasir ikut suka
sedikit tepung gandum

Cara:
Cara membuatnya:-

1- Masukkan tepung gandum,gula,koko,baking powder,baking soda
dan garam kacau hingga sebati.
2- Kemudian masukkan telur,susu dan minyak sayuran ke dalam
adunan dan pukul selama 5 minit.
3- Akhir sekali barulah masukkan air mendidih dan pukul hingga 5 - 10
minit lagi ( adunan akan menjadi cair). Bakar hingga masak.
4- Setelah masak letakkan krim coklat ata kek.



Cara Membuat Krim Coklat:-

Campurkan semua adunan & masak atas api yang sederhana
Kemudian masukkan tepung gandum untuk pekat krim.

Cheese Oreo Cake

Bahan-Bahan:

bahan a
12 keping digestive biskut dikisar
2 sudu besar magerine di cairkan

bahan b
1 cawan thickened cream
1 ½ cawan cottage cheese
10 keping oreo dikisar

Cara:
1.gaulkan bahan a sehingga boleh ditekan ke dalam loyang
2. masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 10 minit dalam ketuhar suhu 150 darjah kemudian sejukkan.
3. pukul cream dan cheese sehingga kembang dan campurkan biskut oreo yg telah dikisar(simpan sedikit oreo untuk hiasan)
4.lapiskan cheese atas lapisan biskut yg dibakar tadi...
5. taburkan sedikit oreo yg dikisar diatas kek..
6. sejukkan dalam peti sejuk

Tambahan:
boleh juga guna wheat biskut utk gantikan digestive biskut....cheese ni mmg lembut skit...xpejal tp sedap...baru jer lepas try td...kalu nk manis skit tmbh sedikit gula dlm adunan cheese

Cheese Cake

BAHAN-BAHAN:-

Bahan base
4 cawan biskut Marie (yang dikisar halus)
1 cawan almond (dikisar)
½ cawan gula halus
½ cawan mentega (dicairkan)
Bahan atas
3 sudu teh tepung kastard
3 sudu teh air
455gm cream cheese
1 ½ cawan gula kastor
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh jus lemon
2 cawan sour cream
6 biji telur (asing putih kuning)
1 sudu teh lemon zest (amik sikit kulit lemon pakai garfu)

Cara:
Cara membuat base
• Gaulkan kesemua bahan dalam bekas yang sesuai dan kering
• Sapukan sedikit mentega pada loyang (spring form pan) dan tekankan adunan ke dalamnya
• Bakar pada 175 darjah selama 15 minit. Ketepikan

Cara membuat atasnya
• Larutkan tepung kastard bersama air di dalam bekas yang sesuai
• Pukul adunan tepung kastard bersama cream cheese dan gula sehingga cukup gebu
• Tambah garam, esen vanilla, jus lemon. Gaul rata
• Tambah sour cream, kuning telur, lemon zest. Gaul rata
• Di dalam bekas yang berlainan, pukul putih telur hingga gebu. Masukkan ke dalam adunan
• Tuang adunan ke dalam loyang yang mengandungi base dan bakar pada 175 darjah selama 45-60 minit. Tinggalkan loyang di dalam oven selama 1 jam selepas itu dengan pintu oven terbuka. Hias dengan hirisan lemon dan hidang

Cadangan Hidangan:
Hias dengan hirisan lemon dan hidang

A Chocolate Moist


Bahan-Bahan:

250 gm mentega
1 ¾ cawan gula castor
5 biji telur
½ sudu kecil esen vanila
¾ cawan koko
2 cawan tepung naik sendiri
½ sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan susu coklat yg disejukkan

Topping:
¾ gula icing
¾ koko
½ cawan susu berperisa coklat
1 sudu kecil mentega

Cara:
pukul mentega dan gula castor hingga kembang.masukkan telur sebiji sebiji dan esen vanila.ayak tepung naik sendiri,koko dan soda bikarbonat bersama dan kemudian masukkan ke dalam campuran tadi bersama susu coklat berselang seli. Bakar dlm oven pd 180 degree dlm msa 1 jam. untuk buat cup cake pn boleh..adunan dibakar di dlam cup..

topping: (setelah kek masak)

Masukkan koko,gula icing dan mentega ke dalam kuali yg dah di'double boiling'.kemudian masukkan susu coklat dah kacau.jika terlalu cair masukkan gula icing dan jika terlalu pekat tambahkan susu coklat.
Cadangan Hidangan:
hiasan:
taburkan hirisan badam atau coklat rice atau apa-apa yang dirasakan perlu dan menarik.

Saturday, January 9, 2010

Selamat Taun Baru


Slamat taun baru....uwaaa...bru nk tulis ke?? ermm utk semua teman2 slamat taun baru..smoga kdatangn taun baru 2010 memberi erti yg sgt bmakna kpd kita semua...segala kenangan..suka duka taun 2009 dijadikan panduan dan pengajarann.......Tahun 2009 tamat dgn penuh cerita suka duka aku...semoga tahun 2010 memberi sinar yg lebih cerah n ceria...ku pohon pd Ilahi semoga diberi kekuatan..ketabahan hati..n semangat utk melalui liku2 khidupan yg mendatang....semga kalian juga dilimpahi rahmat oleh-Nya..amin